Selasa, 9 Oktober 2012

PROGRAM CUTI SEKOLAH ISQ

Cuti sekolah akhir tahun sudah hampir tiba. Sudahkah anda merancang pengisian masa anak-anak anda? Adakah cukup dengan membawa mereka melancong ke tempat pelancongan menarik sahaja? Ambil peluang cuti panjang ini dengan mendedahkan anak-anak anda kepada Al Quran. Bagi yang belum kenal huruf hijaiyyah, yang membaca merangkak-rangkak dan tersangkut-sangkut....inilah peluang untuk anak-anak anda didedahkan dengan teknik Al Baghdadi.  Ambil peluang ini, untuk mendaftar anak-anak anda dengan segera.

Sila hubungi Hj Arif di nombor talian 012-2078048 atau 012-3078048 bagi tujuan pendaftaran. Tempat adalah terhad.


Program : 
Intensive Smart Al-Quran (ISQ)

Skop :  
Asas Bacaan Al-Quran Teknik Al-Baghdadi

Tarikh :
19hb - 21hb November 2012 (3 hari)
26hb - 28hb November 2012 (3 hari)
17hb - 19hb Disember  2012 (3 hari)

Masa Kursus :
9.00 pagi - 1.00 petang

Lokasi Kursus :
No. 2, Jalan Dutamas Seroja 1,
Taman Segambut SPPK,
Kuala Lumpur 

Yuran Kursus :
RM370.00
(termasuk set lengkap buku Al-Baghdadi dan refreshment)




 

Isnin, 8 Oktober 2012

HURUF ABJAD ARAB TUNGGAL DAN BERSAMBUNG

 
 
 



DOA TILAWAH



SUDAH MENJADI AMALAN ALC TAMAN SEGAMBUT
SETIAP KALI SEBELUM KELAS BERMULA,
DOA TILAWAH PASTI DIBAWA
AGAR PEMBELAJARAN MENDAPAT RAHMAT DAN BARAKAH
ALLAH SWT 

SIJIL-SIJIL PERUNDING ALC TAMAN SEGAMBUT








ALAT BANTU PENGAJARAN TEKNIK AL-BAGHDADI


SET LENGKAP TEKNIK AL-BAGHDADI


PERISTIWA PENTING MELIBATKAN ALC TMN SEGAMBUT



Bengkel Tajwid Teknik Al-Baghdadi
29hb Januari 2012
Al-Baghdadi Training Centre
Kuala Lumpur

 
 
Kursus Perunding Teknik Al-Baghdadi
7 & 8 hb Januari 2012
FRIM, Kepong
— at Forest Research Institute-FRIM, Kepong, KL
 
 










 
 
 

MARI KENALI PENGASAS TEKNIK AL-BAGHDADI


MARI KENALI PENGASAS TEKNIK AL-BAGHDADI

Biodata Ustaz Jalaluddin Haji Hassanuddin Al-Baghdadi Penyusun dan Pengasas Teknik Al-Baghdadi

Beliau dilahirkan pada 15hb Januari 1970 di Kg Berhala Gantang, Temerloh, Pahang. Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda dalam Bahasa Arab dan Pengajian Al-Quran daripada Universiti Saddam, Baghdad, Iraq pada tahun 1998.
 
Berpengalaman sebagai pensyarah di sebuah kolej swasta selama 2 tahun. Kemudian menceburi bidang pelatihan dan penulisan bersama sebuah syarikat penerbitan swasta selama 5 tahun. Beliau berpengalaman hampir 8 tahun dalam menyusun dan mengendalikan program kursus dan latihan kepada guru-guru dan ibubapa di seluruh negara khususnya di dalam bidang pengajaran dan pembelajaran Al-Quran dan Bahasa Arab.
 


Photo: MARI KENALI PENGASAS TEKNIK AL-BAGHDADI

Biodata Ustaz Jalaluddin Haji Hassanuddin Al-Baghdadi
Penyusun dan Pengasas Teknik Al-Baghdadi

Beliau dilahirkan pada 15hb Januari 1970 di Kg Berhala Gantang, Temerloh, Pahang. Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda dalam Bahasa Arab dan Pengajian Al-Quran daripada Universiti Saddam, Baghdad, Iraq pada tahun 1998.

Berpengalaman sebagai pensyarah di sebuah kolej swasta selama 2 tahun. Kemudian menceburi bidang pelatihan dan penulisan bersama sebuah syarikat penerbitan swasta selama 5 tahun. Beliau berpengalaman hampir 8 tahun dalam menyusun dan mengendalikan program kursus dan latihan kepada guru-guru dan ibubapa di seluruh negara khususnya di dalam bidang pengajaran dan pembelajaran Al-Quran dan Bahasa Arab.

MAKHRAJ HURUF

MAKHRAJ HURUF

Makhraj ialah nama bagi tempat keluarnya bagi setiap huruf hijaiyyah yang membezakannya dari yang lain.

Terdapat 5 pecahan makhraj utama dan 17 makhraj khusus bagi 29 huruf-huruf hijaiyyah di dalam bahasa Arab.

Bagi anda yang ingin mengetahui lebih lanjut lagi, sila hubungi talian 012-2078048 / 012-3078048 dan mendaftar di ALC Taman Segambut SPPK dengan segera.



HURUF HIJAIYYAH

HURUF HIJAIYYAH

Mari kita mengenal 29 huruf hijaiyyah dan seterusnya memahirkan sebutan mengikut makhrajnya.



PELANCARAN ALC TAMAN SEGAMBUT

ALC Taman Segambut SPPK mula beroperasi secara rasminya dalam bentuk kelas secara teratur adalah dengan terbinanya sebuah madrasah di No. 2, Jalan Dutamas Seroja 1, Taman Segambut SPPK, Kuala Lumpur pada bulan March 2012.

Sebelum terbina madrasah ini, ianya beroperasi dari rumah Tuan Hj Arif Fadzillah Jais, Pengurus ALC Taman Segambut SPPK sahaja sejak bulan Disember 2011 dengan pengambilan pelajar yang berumur antara 5 - 6 tahun & kelas talaqi di bawah bimbingan Ustaz Syahrianshah (Finalis Akademi AlQuran).

Bagi merasmikan madrasah ini, satu majlis taklimat dan doa selamat telah diadakan pada 31hb March 2012 sebaik selesai solat Isyak. Sebelum majlis taklimat diadakan, ianya dimulai dengan majlis bacaan yaasin, tahlil dan doa selamat yang dihadiri oleh kariah Surau Silaturrahim Taman Segambut SPPK.

Majlis taklimat diketuai oleh Ustaz Shahrul Nizam Talib @ Ustaz Abdullah dengan penerangan tentang pengajian Al-Quran teknik Al-Baghdadi. Selesai sahaja majlis taklimat, maka terlancarlah ALC Taman Segambut SPPK.