Isnin, 8 Oktober 2012

PELANCARAN ALC TAMAN SEGAMBUT

ALC Taman Segambut SPPK mula beroperasi secara rasminya dalam bentuk kelas secara teratur adalah dengan terbinanya sebuah madrasah di No. 2, Jalan Dutamas Seroja 1, Taman Segambut SPPK, Kuala Lumpur pada bulan March 2012.

Sebelum terbina madrasah ini, ianya beroperasi dari rumah Tuan Hj Arif Fadzillah Jais, Pengurus ALC Taman Segambut SPPK sahaja sejak bulan Disember 2011 dengan pengambilan pelajar yang berumur antara 5 - 6 tahun & kelas talaqi di bawah bimbingan Ustaz Syahrianshah (Finalis Akademi AlQuran).

Bagi merasmikan madrasah ini, satu majlis taklimat dan doa selamat telah diadakan pada 31hb March 2012 sebaik selesai solat Isyak. Sebelum majlis taklimat diadakan, ianya dimulai dengan majlis bacaan yaasin, tahlil dan doa selamat yang dihadiri oleh kariah Surau Silaturrahim Taman Segambut SPPK.

Majlis taklimat diketuai oleh Ustaz Shahrul Nizam Talib @ Ustaz Abdullah dengan penerangan tentang pengajian Al-Quran teknik Al-Baghdadi. Selesai sahaja majlis taklimat, maka terlancarlah ALC Taman Segambut SPPK.
















Tiada ulasan:

Catat Ulasan